ini bingkisan hati yang pertama oleh Cik Bulat.
seperti biasa Otromen akan memberi tahu koordinat lokasi dia di mana sepanjang hari ni. ikhlas, Bulat katakan, Bulat terharu. Bulat appreciate sangat usaha Otromen untuk memantapkan lagi hubungan kami. malangnya mesej Otromen sudah berjam baru Bulat balas.
bukannya sengaja. Bulat bizi tak hingat dunia hari ni.. maafkan Bulat ye, En Otromen.
Otromen tanya Bulat dalam satu konversasi yang amatlah panjang sampai habis kredit Otromen call Bulat..hehhe..
"kenapa susah untuk ucap kata sayang..?" lembut sahaja beliau bertanya.
Bulat sudah tergaru-garu kepala. bukan cari alasan, tapi cuba cari logik akal yang paling relevan untuk tenangkan hati Otromen. Bulat tahu, Otromen ternanti-nanti kata keramat tu.
"kerana mahu lebih menghargai kata 'sayang' tersebut.." ringkas jawapan yang Bulat berikan kepada Otromen.
cukup relevankah?
terpulanglah..
No comments:
Post a Comment